Taekwon-Do
ITF juga mempunyai pertandingan tersendiri
Mengikut peredaran zaman, Taekwon-Do ITF juga mempunyai pertandingan tersendiri. Pertandingan Taekwon-Do selalunya terbahagi kepada pertandingan ‘pattern’, ‘sparring’, ‘power braking’ dan ‘demo’.
Walaubagaimana pun, pertandingan Taekwon-Do ITF tidak berstatuskan sukan tetapi kekal berstatus sebagai seni pertahan diri. Oleh disebabkan itu, pertanding Taekwon-Do ITF tidak tergolong dalam sukan-sukan olimpik dan sukan SEA.
Tetapi untuk pengetahuan anda, kini
sering diperkatakan bahawa pertandingan Taekwon-Do ITF akan disertakan dalam
sukan SEA 2023 akan datang.
PERTADINGANG 'PATTERN'
PERTANDINGAN 'SPARRING'
Pertandingan ‘sparring’ Taekwon-Do ITF mempunyai peraturan dan gaya perlawanan yang sangat berbeza dengan sukan Taekwondo WTF. Pertandingan ‘sparring’ Taekwon-Do ITF mempunyai peraturan dimana peserta hanya diwajibkan memakai sarung tangan kombat dan sarung kaki kombat.
Pelindung kepala kombat tidak diwajibkan dan sarung pelindung badan kombat dilarang sama sekali. Secara ringkasnya jika peserta mahu bertanding dalam pertandingan ‘sparring’, peserta hanya perlu memakai sarung tangan kombat dan sarung kaki kombat sahaja sebagai pelindung.
Permakahannya pula hanya di kira dari serangan ke arah pinggang hadapan hingga ke kepala sahaja. Serangan di bahagian belakang tubuh badan tidak akan dikira sebagai markah sama sekali.
Serangan tangan ke arah badan dan kepala secara sekali atau bertubi-tubi tanpa henti akan dikira sebagai satu markah dan jika serangan tangan tersebut dilakukan bersama dengan loncatan akan dikira sebagai dua markah.
Manakala setiap serangan kaki ke arah badan akan dikira satu markah dan serangan kaki ke arah kepala akan dikira dua markah. Jika serangan kaki ke arah badan bersama dengan loncatan akan dikira sebagai dua markah dan jika ke arah kepala dikira sebagai tiga markah.
Peserta dilarang jatuh sama sekali. Jika peserta jatuh ketika menerima atau membuat serangan, peserta tersebut akan diberi amaran dan jika peserta tersebut mendapat amaran sebanyak tiga kali, pemotongan markah akan dikenakan.
Hal ini kerana, ingin kekal dengan prinsip asal Taekwon-Do ITF iaitu jika anda terjatuh hingga badan anda tersentuh tanah ketika sedang berlawan, maka maruah dan kehormatan anda juga akan ikut sama jatuh.
Pertandingan
‘sparring’ Taekwon-Do ITF juga terbahagi kepada ‘individual sparring’ dan ‘team
sparring’. ‘Individual sparring’ adalah acara dimana perlawanan adalah satu
lawan satu, manakala ‘team sparring’ pula adalah acara dimana perlawanan adalah
lima lawan lima. Kemenangan ‘team sparring’ bergantung kepada majoriti
kemenangan diperoleh setiap ahli pasukan ‘team sparring’.





Comments
Post a Comment