INTERNATIONAL TAEKWONDO FEDERATION
(ITF)
Apakah itu Taekwon-Do ITF?
Taekwon-Do ITF adalah akronim kepada
‘International Taekwon-Do Federation’. Taekwon-Do ITF adalah seni
mempertahankan diri Taekwondo yang paling asli. Taekwon-Do ITF dipercayai seni
mempertahankan diri berasal dari Seoul, Korea Selatan yang mampu mematikan
musuh dan sangat merbahaya jika tidak berhati-hati dalam menggunakan ilmu
pertahan diri tersebut.
Taekwon-Do ITF sangat menekankan serangan yang laju
menggunakan kedua-dua tangan dan kaki, fleksibeliti, kelincahan dan loncatan. Untuk
pengetahuan anda, Taekwon-Do ITF juga mempunyai sedikit unsur-unsur Karate. Hal
ini kerana pengasas Taekwon-Do ITF, Jeneral Choi Hong Hi pernah mengamalkan
seni pertahan diri Karate sebelum menubuhkan seni pertahan diri Taekwon-Do ITF.

Comments
Post a Comment