SEJARAH TAEKWON-DO ITF
Sejarah Taekwon-Do ITF
Kembali kepada zaman dahulu, di Negara Korea terdapat beberapa kumpulan atau keluarga seni mempertahankan diri purba. Enam kumpulan yang benar-benar terkenal ketika itu ialah dari keluarga Taekyon, Subak, Kwonbaek, Tagyok, Subyokta dan Bayon.
Jeneral Choi Hong Hi adalah salah seorang ahli seni mempertahankan diri dari keluarga Taekyon. Selepas penyelidikan terhadap seni bela diri Taekyon dilakukan dengan teliti oleh Jeneral Choi Hong Hi, maka lahirlah teknik-teknik gerakan, pattern-pattern Taekwon-Do atau lebih dikenali sebagai ‘Hyeong’ pada mulanya dan kini dikenali sebagai ‘Tul’ yang dapat kita lihat pada hari ini.
Seni pertahan diri Taekwon-Do lahir secara rasminya pada 11 April 1955, diasas oleh Jeneral Choi Hong Hi.
Pada 14 September 1961, Korea Taekwondo Asosiation (KTA) telah ditubuhkan di Seoul dan Jeneral Choi Hong Hi diangkat sebagai Presiden pertama. Selaku Presiden KTA, Jeneral Choi telah menghantar jurulatih-jurulatihnya untuk membuat demonstrasi di seluruh dunia pada tahun 1962.
International Taekwon-Do Federation (ITF) telah ditubuhkan di Seoul, Korea pada 22 Mac 1966. Sekitar tahun yang sama, sesuatu telah berlaku iaitu ahli-ahli seni bela diri KTA ingin mengubah pentadbiran, pembelajaran dan fakta berkait rapat dengan sejarah Taekwon-Do sebelum merancang untuk merampas kuasa kempimpinan semasa ketiadaan Jeneral Choi Hong Hi di Korea.
Namun, semua percubaan tersebut berjaya digagalkan oleh Jeneral Choi Hong Hi. Pada tahun 1972-1984, ibu pejabat ITF dipindahkan ke Toronto, Kanada dan pada awal tahun 1984, ITF beroperasi secara rasmi di Vienna, Austria sehingga ke hari ini.


Comments
Post a Comment