PENGALAMAN SAYA DALAM PERTANDINGAN
TAEKWON-DO ITF
Saya, Muhammad Iz-Zahran Bin Mohd Badawi dan saya adalah pengamal seni pertahan diri Taekwon-Do ITF.
Saya mula mempelajari seni pertahan diri Taekwon-Do ITF pada akhir tahun 2019 dan saya mengaku bahawa pengetahuan saya tentang Taekwon-Do ITF masih cetek tetapi saya menyimpan cita-cita untuk menjadi salah seorang pengamal seni pertahan diri Taekwon-Do ITF paling handal dalam dunia.
Sebelum saya mempelajari seni pertahan diri Taekwon-Do ITF, saya pernah mempelajari Silat olahraga dan Muay Thai.
PENCAPAIAN SAYA DALAM TAEKWON-DO ITF
Saya adalah salah seorang pengamal Taekwon-Do ITF yang mewakili Pasukan Taekwon-Do ITF PDRM dan telah menyertai sebanyak 3 pertandingan Taekwon-Do ITF sepanjang saya mempelajari seni pertahan diri tersebut. Saya telah berjaya menyumbangkan 3 pingat emas dan 2 pingat gangsa untuk pasukan Taekwon-Do ITF PDRM.
Saya (paling kiri) telah menyertai pertandingan The One Taekwon-Do Championship pada tahun 2019 mewakili Taekwon-Do ITF PDRM dan telah berjaya menyumbangkan pingat gangsa bagi pertandingan 'pattern' dan pingat gangsa bagi pertandingan 'sparring'. Pertanding ini juga merupakan pertandingan Taekwon-Do ITF pertama saya.
Saya (kedua dari kanan bawah) telah menyertai pertandingan Kejohanan WajaDiri Taekwon-Do ITF Pragmatic 2019 (Peringkat Kebangsaan) pada tahun 2019 mewakili Taekwon-Do ITF PDRM dan telah berjaya menyumbangkan pingat emas bagi pertandingan 'pattern'. Saya terpaksa menarik diri daripada menyertai pertandingan 'sparring' atas faktor kecederaan.
Saya telah menyertai pertandingan Kejohanan Taekwon-Do Polis DiRaja Malaysia 2020 pada tahun 2020 mewakili Taekwon-Do ITF PDRM dan telah berjaya menyumbangkan pingat emas bagi pertandingan 'pattern' dan pingat emas bagi pertandingan 'sparring'.




ni ke peminat blackpink
ReplyDelete